Konklusi Kurapsi

Thursday, April 22, 2010

Assalamualaikum

Ini kisah semalam

Pagi tadi gua terbaca satu bingkisan sajak dalam Antologi Kerusi

Aku keliru menjadi buntu
arah yang ingin di tuju
rasa resah ku kian terlalu
dengan ilham ku tumpu

Aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi
keadaan memaksaku
menghadapi semua

Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimpi jadi realiti
rasional diriku rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku


**********************

Gua terkedu kedu selepas mendeklamasi sajak itu. Mana tidaknya, memang selari dengan equation hidup gua kala ini. Solusi dan jawapan yang masih gua cari.

Sebagai analogi,

Gua memacu motor ex5 ayahku ke kedai runcit. Sampai di satu simpang tiga(gua di tengah persimpangan), gua nampak Lisa Surihani di sebelah kiri melambai memanggil namaku. Gua toleh kanan, Nora Danish terjelepuk jatuh di tepi jalan dan meminta pertolongan. Gua keliru nak pilih kanan atau kiri. Yang kanan cantik, yang kiri comel.

*********************

Dalam situasi memilih begini, gua aplikasi satu nasihat. "Don't judge a book by its cover"
Gua nak nilai apa yang gua lakukan dalam dalam. Gua nak predict apa lebih di sini dan apa hebatnya di sana. Gua nak buat fikiran gua ber-rotasi 360 darjah dalam proses pemilihan gua. Ratio berat seimbang sama 50:50.



Warkah putih mencetus kontrovesi

Sent by Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Received by Muhamad Abd Halim ( Pelajar Jurusan Undang undang UiTM Kedah)



Konklusi terus misteri

"Nak berjaya dalam satu bidang kena ada minat", bebel Pak abu
"Tak kenal maka tak cinta, dah kenal minat akan datang sendiri", celoteh Pak Ali
Gua minat mentelaah jurusan undang undang tapi SPA menjamin masa depan
Gua tak suka subjek kimia sebab gua benak kimia. Mungkin sumpahan sebab gua pernah kantoi meniru di sekolah lama dulu.ni tipu


Gua tetap rasa di mana pon kita, rezeki di tangan Tuhan. Yang penting usaha demi mencari ilmu.


Satu harapan mendapat hidayah
Gua harap diberi petunjuk dari Al-karim yang mana terbaik untuk masa depan

Amin









Bumi putar lebih sejam

Wednesday, April 21, 2010

Assalamualaikum

Cikgu sains sekolah rendah gua kata
sehari ada 24jam

Gua hidup pon sehari 24jam je
gua teringin nak rasa kalau sehari ada 25jam
Impian gua memang termakbul siang tadi
setelah gua lunch di sini



gua masuk restoran hebat ni
gua rasa masa gua jadi panjang
jarum jam dia gerak lambat
kat papan jam lebih satu angka
13

seven E pon operasi 24 jam je
restoran ni lagi hebat
25 jam dia bantai

Kalau rasa sehari tak cukup
nak extra time sejam
datangla ke RESTORAN KELUARGA
hanya di parit buntar















Saya sayang Cik Nikotina

Monday, April 19, 2010

Assalamualaikum

Kisah ini kisah cinta

Saya dan Cik Nikotina pasangan kekasih
Dalam facebook saya status relationship Married to Cik Nikotina

tapi sekarang saya nak bercerai dengan dia
dia dah banyak sakiti saya
dia langsung tak fikirkan hati saya
tiap hari mesti saya kena keluar duit rm5.80 untuk dia
dia selalu kikis poket saya sampai saya papa kedana

Saya rasa dah tiba masanya saya tinggalkan dia
memang saya sayang dia sepenuh hati saya
tapi saya terpaksa
saya lebih sayangkn keluarga saya
saya lebih cintakan diri saya

selamat tinggal Cik Nikotina

***********
status relationship facebook saya Widowed


azam tak penah padam saya
KATAKAN TAK NAK PADA CIK NIKOTINA


tolong doakan saya dihindari godaan Cik Nikontina
dan
syaitan durjana








Mari memasak(untuk lelaki shja)

Friday, April 16, 2010

Bahan bahan:
1. Dua biji telur

Apparatus :
1. Laptop

Cara memasak:
1. port laptop anda atas sikit dari peha bawah sikit dari pusat
2. Main internet dengan keadaan itu selama 3 jam

Keputusan:
Telur separuh masak

Selamat mencuba


inilah rupa telur tadi

nak lebih padu rasa.tambah kicap,kampung stail


resipi berikutnya telur garing


SELAMAT MENJAMU SELERA

Nilai Sekeping 10sen


Assalamualaikum

Gua sebenarnya tak kerja 7e mahupun billion
tapi sebenarnya sekarang gua berkarier sbg pengangkat barang di sebuah kedai yang biasa
gua malas nak mengejar label glamour dalam karier gua dua bulan ni.
jadi gua pilih ni bersebab dan beragenda.gua nak rasa keperitan dalam mencari sekeping 10sen.

Gua selalu lihat orang angkat orang angkat barang berkilo kilo di market. gua tengok gua rasa macam senang.

Gua dulu, kalau 10 sen jatuh kat lantai, memang gua takkan kutip. Gua anggap 10sen tu murah.10sen tu sampah. Sebab duit tu bukan duit gua, duit mak dan abah gua sumbang. Memang gua tak hargai. Realiti, pengemis jalanan tercari 10sen yang gua buang tadi.

Refleksi kembali pada kehidupan kita, memang kita biasa hidup senang.Tak pernah rasa perit mencari rezeki halal.

Sekarang gua di tempat yang betul. Gua dah rasa apa yang mereka rasa.

Tugas gua angkat barang turun dari lori. Berpuluh kotak gua tanggung. Seksa penatnya, peluh gua yang jawab. Baju gua dari kaler merah menyala tukar jadi kaler merah hati.

berkotak kotak
result yang gua hasilkan.memang padu angkatan gua.
tapi lepas tu otot gua memang out of service terus


Memang susah nak dapat 10sen. Gua dapat rasa nilai harga duit tu dengan usaha gua.
Lepas ni kalau 10sen gua jatuh dalam longkang pon gua akan kutip. Bukan gua desperate atau mengemis, tapi gua hargai segala rezeki yang gua terima.

Sebagai analogi,
Pada suatu hari
Gua yang kepenatan ingin membeli air 100plus.harganya rm1.80. Gua seluk poket dan hisab duit di tapak tangan.Malangnya gua cuma ada rm1.70. kurang 10sen. Gua teramat la dahaga. Waktu itu lah baru gua teringat 10sen yang gua buang tadi. Sesalan di benak hati.

Di situla nilai sekeping 10sen.



Gua lepak belakang stor kedai gua tu. Melihat view senja sambil menghitung salah silap gua. Dan gua terfikir lagi satu agenda. Gua lihat tauke sesebuah supermarket mesti bangsa Tiong Hua. Mana orang orang kita?

Rupanya orang kita sedang mengikut telunjuk. bukan sebagai ketua.

Kita tak tewas, cuma kita leka.

Sudah lah, gua nak teruskan mencari 10sen gua yang gua buang tadi. Sampai bila nak berehat, baik gua bekerja.












Konsert Manchester united

Monday, April 12, 2010

Selepas kekalahan berturut turut Manchester United dan seri semalam
Pasukan ini telah merakamkan sebuah lagu khas buat fan susah matinya di Malaysia


MU brothers
ferdinand sbg pemain bass guitar
vidic sbg pemain lead guitar
van der sar sbg pemain drum
valencia sbg pemain keyboard
rooney sbg vokalis utama
berbatov sbg vokalis ke dua
alex fergusen sbg conductor
selebihnya sbg penyanyi latar

Rooney sbg vokalis utama berkata
"terimalah ikhlas dari kami, Rela Ku Tunggu"

LAGU : RELA KU TUNGGU
KUMPULAN : MU BROTHERS
CIPTAAN : RYAN GIGGS

(rooney solo)

Di kejar bayang-bayang resah
Bila
Rankingku masih tak berubah
Enggan diseri
Dan dikalahkan
Belaian sumpahku ini


(berbatov sambut)

Aku bukan pasukan yang tewas
Bisa mengganas walau ku ditibai
Biar diuji

Arsenal dan Chelsea
Juara kan tetap kumiliki


(korus)

*rooney nyanyi korus

Tiada piala yang lebih agung
Pi..a..la BPL
Yang kurebut rebut

Biar jasadku yang melambung
Permainan darimu
Relaku tunggu


(berbatov solo)

Janganlah kau salahkan Rooney
Terus cedera merawat kakinya
Aku percaya
Sedikit masa
Rooney kan sembuh akhirnya


Korus balik

*rooney dan penyanyi latar


(rooney tarik)

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu
Berbatov hadir
Mencari bola dan goal
Dari gawangmu..Wooooohh...wooooh


(berbatov menjerit)

Apakah kali ini
Bisa ku menang dan tak seri
Setelah aku menjaringkan
Goal itu!


(fergusen ambik mic dri rooney)

Tiada piala yang lebih agung
Pi..a..la BPL
Yang kurebut rebut

Biar jasadku yang melambung
Permainan darimu
Relaku tunggu


(rooney dan berbatov bergabung)

Tiada piala yang lebih agung
Pi..a..la BPL
Yang kurebut rebut

Biar jasadku yang melambung
Permainan darimu
Relaku tunggu



Selepas konsert tamat

"sedap suara lu rooney", ucap van der sar


Kami pelajar Akademi Fantasia
"jangan lupa afundi kami!", jerit semua selepas nyanyian menuju puncak


Foto yang berjaya diambil sewaktu konsert tersebut

rooney dengan karier barunya


Penonton bersorak
sambil melaungkan
GLORY OF MAN UNITED
sebanyak tiga kali












4.0 rata

Saturday, April 10, 2010

ini bukan magnum 4D
tiada unsur nombor ini berekor


Assalamualaikum

Gua amat benci angka ni.
Semua siswa siswi mengejar ngejar angka ni.
Gua tak pasti ape yang HOT nye angka ni

ni lah rupa dia
4 <--tak seksi pon

dalam dunia ilmiah ni
sape dapat tackle angka ni memang hebat
memang manusia bergeliga.

tapi gua bosan tengok angka tu
tak seksi
gua nak story ni,
gua dah sukses tackle angka ni
memang sangat cun angka ni
sebab tu gua tergoda

ni la awek gua
3<-- ada dua bukit berkembar(sila pikir ke arah kuning)
seksi kan dia?

sudah sudah la tu
dalam hati gua. sebenarnya memang gua teringin sangat kat angka 4 tu. tapi gua kena reject sebab gua malas. Gua yang tak sungguh sungguh nak tackle dia. Gua tak serius dalam usaha gua nak tackle dia. Taktik yang yang gua pakai memang tak efektif. Gua sesal tak sudah.

Tapi
gua tetap bersyukur ape yang gua dapat.
Semua yang jadi berhikmah
mungkin Al-Malik mahu kita sedar
mahu kita tambah usaha
mahu kita renovasi apa yang kurang apa yang nista
mahu kita tak lupa tawakal padaNya
dan mahu kita terus BELAJAR

Gua dah mula berpegang dengan kata kata ni
" Keputusan yang baik untuk pelajar yang baik "

Gua dah nekad
next time
4.0 rata
"sudikah awak menjadi milikku?".

Insya-Allah













Komposer Negara Goyang Kaki

Thursday, April 8, 2010

Assalamualaikum

Pakcik Adnan Abu Hassan sedang sibuk dengan kanak kanak AF.
Tuan Ajai dengar kata sedang melancong.
Abang Audi Mok pula busy menjaga anak anak di rumah

Gua rasa komposer komposer lagu tanah air di atas dah lupa tanggungjawab mereka.

Pagi tadi gua pergi satu kedai mini nak cari ubat gigi Safi Kayu Sugi. Setapak gua masok kedai tu, gua dengar muzik intro lagu fevret bekas teman sebilik gua berkumandang. Gua pon dah khatam full lyrics lagu ni sebab gua suka awek yang nyanyi lagu ni. Awek tu anak tukang jahit yang selalu naik keta Swift tu. Gua yang baru nak high layan lagu ni terus cancel hajat.

FAK

Gua dah terkeluar kata kesat. Bila masa anak tukang jahit pandai nyanyi dlm Bahasa Melayu? Bila masa suara anak tukang jahit TAK sedap? dan Bila masa dia convert jadi laki?

lagu : Kisah Cinta
Penyanyi : Anak Tukang Jahit




FAK LAGI

Baru gua sedar. Orang Malaysia nyanyi lagu ni dalam versi melayu. Laki pulak tu. Paling siknifikan, tak merdu.

Gua rasa.
Memang lepas ni, komposer Negara kita tak payah susah perah otak buat lagu. Tinggal nak buat audition cari peraka lirik je. Penyanyinya, kita bagi peluang kat produk realiti tv yang terbuang. Dengan cara ni dana negara kita pon tak dibazir nak upah komposer banyak banyak. Bernas tak proposal gua?

Gua akhiri nyanyian gua dalam entri ini dengan persembahan di bawah.




Persembahan seterusnya daripada Wanita Gaga dengan lagunya Romance Teruk. Belum sempat persembahan bermula,

Dato' Siti Nurhaliza tiba tiba muncul dari tepi pentas.
"Bila industri muzik kita nak maju kalau begini?", seru beliau selepas memenangi ABPBH.

Gua terdiam. tak terjawab persoalan itu.






Kuiz mingguan :
siapakah yang memenangi anugerah penyanyi paling popular di ABPBH?