Saiz saya besar 'jari' kelengking?

Tuesday, May 18, 2010


Gambar hiasan

tompok ungu di hujung jari bukan kesan najis hidung, tapi kesan marker.


Assalamualaikum

Hari ini ada orang gegar maruah gua dengan jenaka tak bertempat. Gua yang berjiwa kental merasakan diri ini dayus kalau gua tak bersuara tambah tambah lagi oleh seorang perempuan.


Di tempat kejadian, Isnin , 17/5/2010

Tugas utama gua sebagai pekerja Pasaraya Longwan Sdn. Bhd. tak banyak beza atur cara nya dengan hari hari yang lepas. Punch card masuk pukul 11.45am. Angkut barang, punggah barang, selongkar stor dan layan customer customer tersayang. Punch card keluar pukul 10.30pm. Tapi, standard hari hari kerja am iaitu isnin sampai jumaat, pelanggan tak seramai hujung minggu punya situasi. Jadi, disebabkan posisi hari ini hari kerja, gua yang realitinya rajin terpaksa buat buat malas. Memang lengang dan jarang telinga gua tangkap bunyi mesin cashier beroperasi.

Gua yang melengung menongkat dagu di depan kedai terus melepak makan gaji buta. Tiba tiba , pancaindera mata gua tertarik kepada dua wanita gempal yang sedang membuat perhitungan total barang yang mereka beli. Gua rasa mereka dua sekawan ni tak aplikasi perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'. Melimpah ruah ke sana sini. Tapi gua kutuk dalam hati. Gua pon tak perfek.

Gua perhati dari jauh. Gua lihat dua sekawan ni memborong cukup sakan. Dengan hati yang suci murni, gua pasang niat nak ringankan beban dua sekawan tadi. Gua nak tolong angkat barang belian mereka. Dengan raut wajah gua yang separa tersengih, gua sampai betul betul di tepi kiri mereka. Gua pon mula mengatur bicara berhemah gua.

"Akak, meh saya tolong angkatkan barang akak gi kereta akak", gua bersuara penuh nada bertatasusila.

"Eh, takpela adik. Akak boleh angkat sendiri", Kakak Gempal I tersengih menampakkan gigi siungnya

"Eleh u ni, abg hero dah nak tolong angkatkan tu bagi je la", Kakak Gempal II berkata sambil bahunya menciut bahu kawannya itu.

"Takpe la, setakat besar ni (menunjukkan jari kelengkingnya) bukan taste i la..", kata Kakak Gempal I sambil ketawa terkekeh kekeh bersama rakan baiknya.


Rakan rakan gua yang berada berdekatan dan di kaunter cashier turut ketawa berdekah dekah. Gua rasa dia silap orang buat gua macam itu. Dalam 2 3 detik gua dapat idea. Mulut gua secara spontan terbuka menyusun kata membalas kata kata nista. Gua terpaksa ingkar ungkapan " Customer Always Right".


"Eh, Kakak tunjuk jari ape ea tadi?Jari kelingking ke jari ibu?", Gua menyoal sambil senyum dalam sinis.

"Jari kelingking la", Kakak Gempal I memberi jawapan.

"Ye ke jari kelengking? Saya ingat tadi jari ibu.Macam sama je saiz jari kelengking akak dengan jari ibu saya?", Gua berbias dengan kata penuh maksud tersirat.

"............", dua sekawan muka mula nak merah.

"Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Hayati kata kata ni ye akak", tak ku sangka kata kata itu keluar dari mulut gua.

Gua pon terus beredar dari tapak kejadian dengan senyuman plus jelingan manja kt Kakak Gempal I dan II. Lepas ni, gua jamin dua sekawan takkan datang jejak ke sini lagi.

Sesi pengajaran:
I) Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
II) Budi bahasa budaya kita
III) Melawak biar bertempat
















Gua kahwin Lisa Surihani?

Monday, May 3, 2010


Cilaka sungguh. Gua memang takkan sarung cincin emas 24karat kat jari manis Lisa Surihani. Merujuk pd diagram di atas. Inilah produk benih yang gua keluarkan sekiranya gua kahwini Lisa Surihani.


Memang produk yang sukses. Mulut senget. Dagu berlapis lapis. Mati kecik besar sebelah. Hidung penyek. Telinga capang sebelah. Paling gua tak sanggup lihat, tona warna kulit muka yang berkontur kontur seperti dalam peta Geologi. Minda gua terus menyalur idea ke celebrium otak, Apa kata kalau gua jual kat Siam produk ni? agak agak laku tak? Lu jangan kata gua makhluk kejam pulak. Gua ni penuh kasih sayang tau.


Hilang akal apa lu orang? Gua kahwin Lisa Surihani? Tunggu la gua kumpul duit. Gua rompak Maybank dua tiga round. Gua jual CD haram kt pasar malam empat lima malam. Lepas tu gua atur plan nak cari pakar pembedahan plastik terbaik dalam dunia. Gua nak transform setiap sel muka gua sebijik macam Brad Pitt. Gua konfiden gua pulang ke Malaysia, Lisa Surihani datang peluk gua tak lepas lepas. Yang pelik, automatik gua bagi satu libasan lemah gemalai tepat di muka nya. Gua tak perasan rupanya yang dakap gua tadi Lisa Surihani. Baru gua sedar, Lisa Surihani dah umur 50 thun waktu tu. Dah dihidrasi muka nya dan berkerut kerut. Dah menopos dah pon. Habis, macam mana gua nak dapat produk di atas tu?


Cilaka. Kenapa Gua teruja lain macam dengan benda khurafat ni. Apa pon gua selalu doa, dan bernyanyi lagu Nur Kasih. 'Ya Allah, kurniakan daku isteri dan zuriat yang soleh,sebagai penyejuk mata'.


Kalau lu orang rasa nak tengok masa depan muka anak lu dan si dia.
atau nak berangan menimang cahaya mata dengan Megan Fox
bukak new tab link ni.
mana tau anak lu boleh johan acara 'Baby Manja' peringkat daerah?
dapat lah lu julang hamper Makanan dan hadiah berupa sebuah dapur gas nanti.



********


Dengan wajah Brad Pitt, Gua nak try takel Nur Fazura pulak.Kalau Fazura pon dah jalan bertongkat. Gua terpaksa la intai nak risik risik peserta Idola kecil tv9 sebagai calon.



Entri ini Dikreditkan buat saudara Syahir sbg punca inspirasi