Pencalonan Header Blog Lelaki/Wanita Pilihan

Saturday, April 9, 2011
Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Dengan ini, saya Muhammad bin Abdul Halim telah melakukan satu gerakkerja drastik setelah melihat sesuatu di sini untuk

Pencalonan Header Blog Lelaki/Wanita Pilihan



Aku dengan ini ingin mencalonkan salah satu blog yang setiap hari aku tatap dan baca untuk pertandingan ini.

1. Header Blog Lelaki Pilihan

Header blog Epilogue Seorang Loser sangatlah cool dan sedap mata memandang. Fuhh. terkesima aku semalaman melihat headernya yang tersangatlah cool. Ditambah pulak dengan warna-warna yang banyak. Memang layaklah kalau dikatakan header ni cantik.


2. Header Blog Wanita Pilihan

Ni pulak header untuk Blog Cap Ayam milik Amar amirah. Blog yang acapkali aku kunjingi ni pulak sangatlah comel dan ayu gitu-gitu headernya. Fuhh.. Cukup membuatkan aku terkesima untuk malam seterusnya sehinggakan aku tak mampu untuk tidur semalaman.

Oleh kerana aku tidur-tidur ayam.


Sekian terima kasih.

Hanya Justin Bibir mengenal manikam.

Thursday, October 28, 2010
Suatu petang lebih kurang dua minggu lalu, gua sebagai cucu mithali merancang nak menziarah atok gua di kampung petang tu. Lalu, gua pon dressing berseluar pendek dan berbaju tshirt fit, gaya rambut korea. Gua ingat naik bas sudah tanpa pikir panjang.

Setibanya di stesen bas Parit Buntar, gua intai intai tengok bas menuju ke Kuala kurau. Disebabkan belum ada, gua ambil satu port duduk dengan memasang niat untuk mencuci mata. Aktiviti gua tergendala tiba tiba, seorang brader yang bertubuh agak sasa tapi tak kacak datang dengan senyuman melabuhkan punggungnya di sebelah gua. Sesudah duduk dia senyum lagi ke arah gua macam minta penampar dari gua. Brader tu pon tiba tiba buka mulut. Ikuti dialog yang agak menarik perhatian antara gua dan dia.

" Hai adik, nak pegi mana ni?", tanya brader tanda pembuka bicara.

" Pegi Kuala Kurau, rumah atok", gua yang secara semulajadinya bersifat peramah menjawab dengan ikhlas.

" Oooo..ni adik nama apa taktau?", soal brader sambil membakar sebatang rokok Dunhill.

"Muhamad", gua jawab seringkas nama gua.

"Laaa..melayu? ingatkan cina tadi. Ha ha ha", balas brader spontan dengan ekspresi separa ketawa.

"Hahahahaha", gua buat buat ketawa, sambil dalam hati gua pikir brader ni perli aku pakai short ke ape ha.

* Perbualan gua dan brader tu berlarutan tak ubah seperti aktiviti 'ice breaking' sampai la satu masa yang buat gua rasa brader ini celaka.

" Muhamad nak tau, tengok muka muhamad ni abang teringat kat adik angkat abang. Muka jambu jambu lebih kurang macam muhamad lah", wajah eksperesi brader tu mula berubah.

" Oooo, ye ke bang? ", gua mula rasa atmosfera perbualan ni dah lain macam.

" Betul. abang memang suka ambik adik angkat tambah tambah macam muhamad ni. Bukan niat abang nak balas 'jubor' diorang ke ape, cuma abang ni suka tolong diorang ni dari segi kewangan macam tu. ", khusyuk brader tu bercerita meyakinkan gua tentang kisah nya itu.

"............", gua dah mula senyap, dalam hati macam nak mencarut.

" Haa ni, kalau muhamad nak pon sekarang abang boleh bagi handset Nokia Express Music terbaru punya kat muhamad tau", kata brader tu dengan lembut, memasang umpan.

"wah..kayanya abang ni", dalam kepala gua mula bercelaru nak cari idea cabut lari.

" Kejap tau muhamad", brader tu membuka zip beg nya mencai sesuatu.

** Dalam keadaan genting itu, tiba tiba penyelamat gua sampai memberi jalan keluar. Bas gua sampai tepat pada masanya.

" Eh abang, bas saya dah sampai tu, saya gerak lu bang", gua maintain cool walau cemas.

" Laa..bukan bas tu nak jalan pon lagi. Lagipun, abang pon boleh hantar muhamad naik kereta. Lagi best", pujuk brader tu manja macam tengah mengayat awek.

***Time tu gua dapat idea bernas, gua tekan butang play mp3 handset gua. Kononnya macam ada orang kall.

" Kejap bang, ada org kall", gua bangun dan berlakon macam tengah bercakap dalam telefon.

Dalam kesempatan itu, gua ambil step setapak demi setapak sementara brader tu tak perasan. Gua terus naik bas, duduk senyap senyap. Dalam hati, gua jerit celaka paling kuat.

Malam tu, gua mula bermunasabah diri gua. Gua rasa gua dah jumpa jawapan kepada punca berlakunya kejadian menakutkan petang itu.

Puncanya sebab gua punya gaya rambut macam celaka ni.

Disebabkan kejadian malang yang menimpa gua itu. Keesokan harinya, gua terus ke kedai gunting rambut dan membotakkan kepala.

Ya. Nampak lebih normal dan 'Maskulin' serta tiada unsur unsur songsang.



Pesanan ikhlas dari Maria Ozawa, " Janganlah kamu mendekati zina tambah tambah lagi hubungan sejenis. Dosa besar tau. "



Pagi raya yang tak berapa raya.

Friday, September 10, 2010

Semenjak koloni koloni syaitan dibebaskan semalam, segala nafsu makan gua terus merosot prestasinya. Pendek kata, gua dah hilang nafsu tengok ayam masak merah bersama ketupat palas atas pinggan. Maklumlah, dah 19 kali beraya, dah macam takde variasi tiap tiap tahun.

Jadi, tahun ni gua mahukan kelainan beraya supaya gua bernafsu balik nak raya. Gua nak libas plus hempas kepala orang sebagai tanda mintak maaf. Tukar sikit tradisi salam bersalaman.

harap gua dapat takhta Devil of the Day hari ni.

19 kali

Wednesday, September 8, 2010
Assalamualaikum.

Ramadhan kali ini ramadhan yang ke-19 bagi gua. Tugas utama yang dipikul gua bulan ni simple, memaksimakan pahala dan meminimakan dosa nista di samping berpuasa dengan seikhlas hati.

Tugas pertama: Memaksimakan pahala

Benda paling mudah untuk skor part ni ialah bersahur. Gua yang sememangnya penunggu malam hari memang takde masalah nak jalankan tugas bersahur ni. Berbekalkan rm5, gua berjalan dengan lapar ke foodcourt uitm merbok yang lokasinya agak agak 1.3km dari bilik gua. Sampai di lokasi, kesabaran gua mula di uji. Ketabahan menunggu giliran makanan tanpa lafaz kata carutan kepada abg dan akak foodcourt adalah cabaran paling besar di sini. Soal nasi terlebih masin atau tertawar payau gua tak komplen sangat. Gua terima rezeki yang gua dapat tanpa rungutan.

Step yang paling penting untuk selesaikan tugas ni adalah solat. Solat lima waktu gua cuba cukupkan, cuba buat secara berjemaah. Amalan gua untuk solat terawih tahun ni mmg out. Gua punya kenyang lepas berbuka ambil masa 3 jam untuk makanan dicerna. Lepas tu baru la gua boleh bergerak seperti manusia biasa.


Tugas kedua : Meminimakan dosa.

Dalam tugas kali ini, gua menggunakan modus operandi yang paling jimat tenaga bagi megurangkan dosa iaitu tidur selagi ada masa untuk tidur. Hari biasa yang padat dengan kelas, masa tidur gua terhad. Namun, hari minggu merupakan fevret gua. Gua punya tidur memang tidur paling berkualiti orang kata. Bukan ini bermaksud gua pemalas. Cuma dengan cara ini, gua takkan terlalu leka dek hal hal duniawi dan melakukan aktiviti aktiviti lagha yang membuatkan gua mendapat ganjaran dosa.


Tugas ketiga : Berpuasa dengan seikhlas hati.

Setiap hari, rutin gua sebagai pelajar dan bakal mahasiswa UiTM terbaik terlalu sibuk bertungkus lumus menyempurnakan assignment yang diberikan oleh pensyarah pensyarah tersayang. Biar beratus titik keringat gua jatuh ke bumi, yang penting puasa wajib diteruskan.Tiada alasan dan kompromi dalam melaksanakan hal ini. Disebabkan itu, gua terus berdiplomasi dengan jiwa dan raga gua agar ikhlas dalam tanggungjawab puasa yang dilakukan. Bak kata rakan seperjuangan gua, " Keikhlasan itu penting! "




tiba di minit minit terakhir ramadhan. Gua mula turn on mood raya. Biarpun begitu, gua masih konsisten dalam malaksanakan ketiga tiga tugas tadi.


Suasana pulang beraya dalam bas City Liner


Entah syaitan mana yang terlepas menghasut gua melakukan aktiviti Vandalisme. Siap ada smiley paling tak tahan. kah kah kah.

apa apa pon. 2 day to go sebelum kalendar bulan Syawal mengikut kalendar islam dibuka.

Selamat Beramal

dan

sebelum line celcom malam raya buat hal.
di sini gua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat. Maaf Zahir gua pinta kalau gua ter'pau' makanan, terlibas mana mana muka. Maaf Batin gua pohon kepada sesiapa yang tersentap dengan kata kata nista gua. Sambil makan lemang pagi raya, satu yang gua nak pesan kepada lu orang semua. Jangan main foward2 message raya kt no gua, kacau mood gua nak beraya. kah kah kah.

(no entri)

Sunday, July 18, 2010
Assalamualaikum

Setelah dua purnama gua menyepi, meninggalkan blog gua tanpa makan dan minum. Gua dengan rasa tanggungjawab sebagai bapa kepada blog ni, nak menulis lagi.

Sudah seminggu telinga gua tak tangkap bunyi bunyian vuvuzela dan jerit maki kepada kemenangan pasukan espana......

ok..dengan lafaz madafaka..gua akhiri entri gua dengan tasbihkifarah dan suratul Asr

Gua mati akal nak menaip.

Esok gua cadang nak pegi mandi bunga.



Saiz saya besar 'jari' kelengking?

Tuesday, May 18, 2010


Gambar hiasan

tompok ungu di hujung jari bukan kesan najis hidung, tapi kesan marker.


Assalamualaikum

Hari ini ada orang gegar maruah gua dengan jenaka tak bertempat. Gua yang berjiwa kental merasakan diri ini dayus kalau gua tak bersuara tambah tambah lagi oleh seorang perempuan.


Di tempat kejadian, Isnin , 17/5/2010

Tugas utama gua sebagai pekerja Pasaraya Longwan Sdn. Bhd. tak banyak beza atur cara nya dengan hari hari yang lepas. Punch card masuk pukul 11.45am. Angkut barang, punggah barang, selongkar stor dan layan customer customer tersayang. Punch card keluar pukul 10.30pm. Tapi, standard hari hari kerja am iaitu isnin sampai jumaat, pelanggan tak seramai hujung minggu punya situasi. Jadi, disebabkan posisi hari ini hari kerja, gua yang realitinya rajin terpaksa buat buat malas. Memang lengang dan jarang telinga gua tangkap bunyi mesin cashier beroperasi.

Gua yang melengung menongkat dagu di depan kedai terus melepak makan gaji buta. Tiba tiba , pancaindera mata gua tertarik kepada dua wanita gempal yang sedang membuat perhitungan total barang yang mereka beli. Gua rasa mereka dua sekawan ni tak aplikasi perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'. Melimpah ruah ke sana sini. Tapi gua kutuk dalam hati. Gua pon tak perfek.

Gua perhati dari jauh. Gua lihat dua sekawan ni memborong cukup sakan. Dengan hati yang suci murni, gua pasang niat nak ringankan beban dua sekawan tadi. Gua nak tolong angkat barang belian mereka. Dengan raut wajah gua yang separa tersengih, gua sampai betul betul di tepi kiri mereka. Gua pon mula mengatur bicara berhemah gua.

"Akak, meh saya tolong angkatkan barang akak gi kereta akak", gua bersuara penuh nada bertatasusila.

"Eh, takpela adik. Akak boleh angkat sendiri", Kakak Gempal I tersengih menampakkan gigi siungnya

"Eleh u ni, abg hero dah nak tolong angkatkan tu bagi je la", Kakak Gempal II berkata sambil bahunya menciut bahu kawannya itu.

"Takpe la, setakat besar ni (menunjukkan jari kelengkingnya) bukan taste i la..", kata Kakak Gempal I sambil ketawa terkekeh kekeh bersama rakan baiknya.


Rakan rakan gua yang berada berdekatan dan di kaunter cashier turut ketawa berdekah dekah. Gua rasa dia silap orang buat gua macam itu. Dalam 2 3 detik gua dapat idea. Mulut gua secara spontan terbuka menyusun kata membalas kata kata nista. Gua terpaksa ingkar ungkapan " Customer Always Right".


"Eh, Kakak tunjuk jari ape ea tadi?Jari kelingking ke jari ibu?", Gua menyoal sambil senyum dalam sinis.

"Jari kelingking la", Kakak Gempal I memberi jawapan.

"Ye ke jari kelengking? Saya ingat tadi jari ibu.Macam sama je saiz jari kelengking akak dengan jari ibu saya?", Gua berbias dengan kata penuh maksud tersirat.

"............", dua sekawan muka mula nak merah.

"Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Hayati kata kata ni ye akak", tak ku sangka kata kata itu keluar dari mulut gua.

Gua pon terus beredar dari tapak kejadian dengan senyuman plus jelingan manja kt Kakak Gempal I dan II. Lepas ni, gua jamin dua sekawan takkan datang jejak ke sini lagi.

Sesi pengajaran:
I) Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
II) Budi bahasa budaya kita
III) Melawak biar bertempat
















Gua kahwin Lisa Surihani?

Monday, May 3, 2010


Cilaka sungguh. Gua memang takkan sarung cincin emas 24karat kat jari manis Lisa Surihani. Merujuk pd diagram di atas. Inilah produk benih yang gua keluarkan sekiranya gua kahwini Lisa Surihani.


Memang produk yang sukses. Mulut senget. Dagu berlapis lapis. Mati kecik besar sebelah. Hidung penyek. Telinga capang sebelah. Paling gua tak sanggup lihat, tona warna kulit muka yang berkontur kontur seperti dalam peta Geologi. Minda gua terus menyalur idea ke celebrium otak, Apa kata kalau gua jual kat Siam produk ni? agak agak laku tak? Lu jangan kata gua makhluk kejam pulak. Gua ni penuh kasih sayang tau.


Hilang akal apa lu orang? Gua kahwin Lisa Surihani? Tunggu la gua kumpul duit. Gua rompak Maybank dua tiga round. Gua jual CD haram kt pasar malam empat lima malam. Lepas tu gua atur plan nak cari pakar pembedahan plastik terbaik dalam dunia. Gua nak transform setiap sel muka gua sebijik macam Brad Pitt. Gua konfiden gua pulang ke Malaysia, Lisa Surihani datang peluk gua tak lepas lepas. Yang pelik, automatik gua bagi satu libasan lemah gemalai tepat di muka nya. Gua tak perasan rupanya yang dakap gua tadi Lisa Surihani. Baru gua sedar, Lisa Surihani dah umur 50 thun waktu tu. Dah dihidrasi muka nya dan berkerut kerut. Dah menopos dah pon. Habis, macam mana gua nak dapat produk di atas tu?


Cilaka. Kenapa Gua teruja lain macam dengan benda khurafat ni. Apa pon gua selalu doa, dan bernyanyi lagu Nur Kasih. 'Ya Allah, kurniakan daku isteri dan zuriat yang soleh,sebagai penyejuk mata'.


Kalau lu orang rasa nak tengok masa depan muka anak lu dan si dia.
atau nak berangan menimang cahaya mata dengan Megan Fox
bukak new tab link ni.
mana tau anak lu boleh johan acara 'Baby Manja' peringkat daerah?
dapat lah lu julang hamper Makanan dan hadiah berupa sebuah dapur gas nanti.



********


Dengan wajah Brad Pitt, Gua nak try takel Nur Fazura pulak.Kalau Fazura pon dah jalan bertongkat. Gua terpaksa la intai nak risik risik peserta Idola kecil tv9 sebagai calon.



Entri ini Dikreditkan buat saudara Syahir sbg punca inspirasi