19 kali

Wednesday, September 8, 2010
Assalamualaikum.

Ramadhan kali ini ramadhan yang ke-19 bagi gua. Tugas utama yang dipikul gua bulan ni simple, memaksimakan pahala dan meminimakan dosa nista di samping berpuasa dengan seikhlas hati.

Tugas pertama: Memaksimakan pahala

Benda paling mudah untuk skor part ni ialah bersahur. Gua yang sememangnya penunggu malam hari memang takde masalah nak jalankan tugas bersahur ni. Berbekalkan rm5, gua berjalan dengan lapar ke foodcourt uitm merbok yang lokasinya agak agak 1.3km dari bilik gua. Sampai di lokasi, kesabaran gua mula di uji. Ketabahan menunggu giliran makanan tanpa lafaz kata carutan kepada abg dan akak foodcourt adalah cabaran paling besar di sini. Soal nasi terlebih masin atau tertawar payau gua tak komplen sangat. Gua terima rezeki yang gua dapat tanpa rungutan.

Step yang paling penting untuk selesaikan tugas ni adalah solat. Solat lima waktu gua cuba cukupkan, cuba buat secara berjemaah. Amalan gua untuk solat terawih tahun ni mmg out. Gua punya kenyang lepas berbuka ambil masa 3 jam untuk makanan dicerna. Lepas tu baru la gua boleh bergerak seperti manusia biasa.


Tugas kedua : Meminimakan dosa.

Dalam tugas kali ini, gua menggunakan modus operandi yang paling jimat tenaga bagi megurangkan dosa iaitu tidur selagi ada masa untuk tidur. Hari biasa yang padat dengan kelas, masa tidur gua terhad. Namun, hari minggu merupakan fevret gua. Gua punya tidur memang tidur paling berkualiti orang kata. Bukan ini bermaksud gua pemalas. Cuma dengan cara ini, gua takkan terlalu leka dek hal hal duniawi dan melakukan aktiviti aktiviti lagha yang membuatkan gua mendapat ganjaran dosa.


Tugas ketiga : Berpuasa dengan seikhlas hati.

Setiap hari, rutin gua sebagai pelajar dan bakal mahasiswa UiTM terbaik terlalu sibuk bertungkus lumus menyempurnakan assignment yang diberikan oleh pensyarah pensyarah tersayang. Biar beratus titik keringat gua jatuh ke bumi, yang penting puasa wajib diteruskan.Tiada alasan dan kompromi dalam melaksanakan hal ini. Disebabkan itu, gua terus berdiplomasi dengan jiwa dan raga gua agar ikhlas dalam tanggungjawab puasa yang dilakukan. Bak kata rakan seperjuangan gua, " Keikhlasan itu penting! "




tiba di minit minit terakhir ramadhan. Gua mula turn on mood raya. Biarpun begitu, gua masih konsisten dalam malaksanakan ketiga tiga tugas tadi.


Suasana pulang beraya dalam bas City Liner


Entah syaitan mana yang terlepas menghasut gua melakukan aktiviti Vandalisme. Siap ada smiley paling tak tahan. kah kah kah.

apa apa pon. 2 day to go sebelum kalendar bulan Syawal mengikut kalendar islam dibuka.

Selamat Beramal

dan

sebelum line celcom malam raya buat hal.
di sini gua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat. Maaf Zahir gua pinta kalau gua ter'pau' makanan, terlibas mana mana muka. Maaf Batin gua pohon kepada sesiapa yang tersentap dengan kata kata nista gua. Sambil makan lemang pagi raya, satu yang gua nak pesan kepada lu orang semua. Jangan main foward2 message raya kt no gua, kacau mood gua nak beraya. kah kah kah.

2 pujian:

amirpo. said...

lu berbual gampang lg..yeah!

Muhamad A Halim said...

haha
tapi ni tak gampang sgt la..
haha