Bila Tangan Gua Gatal

Tuesday, March 30, 2010
hero palsu sangat menyesal

Assalamualaikum.
malam ni gua change mood gua
gua tak tau malam ni kenapa tangan gua gatal
gatal nak garu
gatal nak tekan sana sini
gatal nak tukar itu ini
gatal nak berbini bini
last last gua jadi begini
sesalan demi sesalan gua rasa
salah siapa?
gua tuding jari telunjuk kanan kat gua
memang gua yang salah

sketsa bermula
agak agak separa jam yang lalu
gua asyik menatap kaca tv
tengok buletin utama
gua amik berat hal hal dunia juga
padahal gua tunggu berita sukan je
nak tengok kemajuan sukan kita
habis tengok Micheal Schumacher gelecek bola
habis tengok Cristiano Ronaldo main tennis
tak sangka keputusan Cristiano Ronaldo menang
lawan Rafael Nadal
Gua tabik habis Cristiano Ronaldo
lepas tunjuk kemenangan berprestij tu
berita sukan tamat
gua pun tekan butang power remote astro gua
padam kaca tv

gua rasa tngan gua gatak gatal nk tekan keyboard
gua nk kelik kelik tetikus gua
gua pun on laptop HP gua
sambil mengambil telefon bimbit gua
gua unlock tengok kot kot ada mesej
wah.3 mesej tak dibalas
gua balas satu satu
gua campak tepi nset gua
gua nak fokus kat skrin depan gua je

seperti biasa
pilihan pertama gua kelik YM gua
pastu tekan pulak google chrome
bukak dua tab
satu fb satu lagi blog kesayangan
gua masukkan lah email dan kata kunci
waktu ni la tangan gua tiba tiba gatal
gua garu garu tak juga lega

entah syaitan mana yang berbisik telinga kiri gua
gua rasa gua nak tukar URL blog gua
niat suka suka
tak tau bakal tukar jadi duka
tangan kiri gua begitu lincah bergerak memacu tetikus
ke depan kebelakang
ke kiri ke kanan
jari jemari tak kurang hebatnya
berdas das kelikan dibuat
*kelik kelik kelik*
bunyi tetikus elektronik laser
gua berusaha mencari cara nak tukar URL tu
peluh peluh jantan mebasahi pipi
setelah hampir separa jam gua mencuba
gua angkat flag putih depan skrin laptop
gua kata gua menyerah kalah

sedang gua di ambang kekalahan
gua rasa gua nak mintak pertolongan
gua guna talian hayat rakan rakan
gua bukak fb gua
tekan dekat kotak chat
secara random gua nampak nama seseorang
gua dapat rasa dia la orang yang gua cari
gua kelik kat nama dia
apalagi
rundingan pun bermula
gua pun keluarkan soalan gua tadi
"eh..macam mna nk tukar URL blog?"
member hebat gua tu berkata
"ow..senang ja"
gua kagum sebentar
hebat juga gua ada member hebat begini
gua diajar satu persatu cara nak tukar URL tu
gua tarik selai kertas dan sebatang pen tepi meja
gua salin sebijik sebijik apa diajar
tekun sekali gua menyalin
step satu satu gua hafal

ok.masa untuk mempraktikkan apa yang diajar
gua tekan link sana
gua tekan settings sini
last last gua jumpa jugak URL addres
gua berkata pada diri gua
"WELL DONE", bangga sorang sorang
sesudah gua tukar
dengan keyakinan yang teguh gua tekan SAVE
jiran gua yang sedang mengendap gua tepi tingkap
bersorak sorak pada kejayaan gua
gua rasa nak naik podium amek pingat emas olimpik
kejayaan gua menukar URL
gua bangga jadi anak Malaysia
gua rasa gua dah cukup bergaya
gua dah cukup hebat
gua tak tau yang gua dah silap

gua pon kembali ke homepage blog gua
nak tengok hasil kejayaan gua
benda first gua tatap dekat atas tu
memang benar.gua sudah berjaya menukar
gua scroll lagi scroll ke bawah tetikus gua
tiba tiba adik gua masuk bilik
pasang lagu Suspen
gua tiba tiba turut jadi suspen
adrenalin mengalir dalam darah gua
di sini lah di mana hati gua berderai
gua rasa hati gua seperti dilanggar lori
hati gua dmasukkan ke dalam blender air tebu
hati gua dipanggang panggang

rupanya
kejayaan gua itu satu kesilapan
penukaran URL telah menyebabkan semua
komen komen di blog gua di RESET
gua lihat sayu
semua nya kosong
kosong
dan kosong belaka
gua ternganga

gua rasa nak undo masa 30minit yang lalu
gua tekan CTRL+Z
tak juga boleh nak undo perbuatan gua
gua menyesal
gua menyesal jadi gatal malam ni
gatal sangat nak macam macam
sekarang gua nak salahkan sapa?
gua berdiri depan cermin
gua tuding jari kat mamat dalam cermin tu

ahh.sudah sudah lah menggatal
stop stop lah menyesal
gua dah tak nak kisah
gua nak fokus malam ni
gua ada game besar
team gua
MANCHESTER UNITED
vs
BAYERN MUNICH
gua nak pergi stretching dulu
nak warm up
malam ni gua nak menang
gua harap rakan gua
Micheal Schumacer bagi Hatrick malam ni


HABBIS


sarikata disediakan oleh Budak Tangan Gatal

Pada Suatu Petang

Monday, March 29, 2010
hero palsu berdrama lagi

Assalamualaikum orang PARIT BUNTAR
sudah lama rasanya gua tak menghirup udara di sini
selama ini gua sibuk di S.Petani
kali ini gua nak rasa kembali kesibukan di sini

matahari gelincir ke ufuk barat.
gua macam biasa membuta saja
gua terjaga sambil mamai sebentar
gua berjalan ke bilik air
basuh muka buang buang apa yang patot
sambil membuang
gua teringat satu benda
petang ini ada event besar di parit buntar
ahh.gua tak boleh lepas peluang ni
gua mesti pergi event tu

gua rasa energetik kembali selepas membuag
gua terus melangkah bertemu bonda gua di dapur
macam biasa
gua insan tak bergaji
apalagi gua nak ampu bonda gua
gua bilang gua nak pergi event besar
bonda gua macam mengerti maksudku
nah. rm15 gua terima
gua rasa cukupla buat gua nak memborong nanti kat event tu
dengan ucapan terima kasih
gua capai kunci motor buruk abah
capai helmet MS gua tepi rak kasut

*vroom*
bunyi turbo motor buruk berkumandang
gua pulas minyak dua tiga kali kasi panas enjin
jiran rumah dah jeling macam nk baling selipar kat gua
asap berkepul kepul
masuk gear satu
gua jalan slow slow menuju tapak event

gua lap sana gua willy sini
last last gua sampai tapak event
wah.orang berpusu pusu
awek awek menunggu
gua pening nak mula mana dulu
gua lihat ada awek jual satay
sebelum tu
gua usha side mirror kanan
gua adjust rambut gua
agak agak dah pacak 90 digri gua gerak dengan yakin


cekpoint pertama gua
inilah awek yang gua banggakan tadi
"adik nak berapa cucuk?",katenya
gua buat perkiraan dengan nafsu gua
"bagi saya 20 cucuk ye akak",kate gua
25sen kali 20
baru rm5 gua shopping


gua jalan jalan cari mangsa kedua
gua aim baik punya
kedai apom balik
gua singgah beli untuk bonda gua
sayang pada ibu la katakan
"bang, kasi dua biji bang"
abang tu apalagi, tunjuk kehebatan membungkusnya
dua tiga kali mata gua kelip
dah siap
abang apom tu tersenyum bangga

gua jalan lagi
awek awek ramai juga kat event ni
gua pandang kanan awek melayu
gua pandang kiri amoi cina
kiri kanan kiri kanan gua toleh
aktif sungguh biji mata gua
jalan dua tiga tapak
kelibat ayam percik melambai ke arah gua
gua kata taknak
tapi gua tewas dengan nafsu gua
gua beli satu part fevret gua
kepak namanya
gua pusing lagi dengan beg penuh kanan kiri
gua memborong sakan di event ni
bukan selalu gua datang
beli belah gua rasa hari ni

gua dah mula rimas
pakcik makcik abang akak
lelaki dan wanita
dah mula berasak asak
gua di celah celah semput rasa
gua cuba cari jalan exit dari gerombolan itu
dalam keadaan begini apa lagi
gua guna kepakaran gua
teknik mencelah
*sap sup sap*
bunyi gua mencelah
seorang penjual burger di tepi
tenganga melihat kehebatan gua mencelah
ok.gua mula nak menipu tu

gua dah maraton tapak event 7 rounds
gua kehabisan stamina
badan gua perlukan air
gua seluk poket kiri gua
tarik keluar rm1 terakhir
depan mata gua ada dua pilihan
ice blended atau cendol
keputusan gua pilih cendol
gua orang melayu
minum air melayu la

*slurp*
dua tiga pam gua tarik
energy badan kembali normal
gua kembali tersenyum lega
gua usha usha port kejap
nak cari ketenangan dari kesibukan


inilah hasil daripada belian gua
gua borong semua gerai
jangan salahkan gua
nafsu gua yang salah
ni semua sapa nak lahap?
gua keluh sorang sorang
pakcik murtabak tepuk belakang gua suruh sabar
nasib baik


angin bayu meniup rambut gua
gua jumpa port baik punya
tepi sungai
gua kesepian sebentar
menatap keindahan jambatan di depan mata
oh alangkah indahnya

sedang gua terleka dek keindahan jambatan
gua tersentak
pakcik yang port sebelah gua menghalau seekor kucing
gua tenung buat observation
*debab*
pakcik tu dengan rilek menyepak kucing itu
darah gua mula panas
tengah gua berang gua teringat satu kempen
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
gua hormat dia lebih tua
tapi gua rasa pakcik ni tak berbudi
gua tengok lagi
tangan dia beketul ketul,urat timbul timbul
tak boleh jadi
gua duduk balik
gua dapat solusinya
gua capai plastik kaler biru sblh gua
ambik tiga cucuk satay
gua panggil manja kucing tu
*chut chut chut*bunyi orang kita pggil kucing
gua hulur dengan penuh kasih sayang
gua jeling pakcik tadi
pakcik tu pandang gua
gua senyum sahaja pada dia
pakcik tu rasa malu mungkin
dia angkat kaki pelan pelan jalan

macam macam karenah manusia
gua sambung aktiviti menatap jambatan tadi
gua angkat kepala tegak ke langit
dah merah merah langit
gua rasa dah sampai masa gua pulang
orang tua kata
waktu senja syaitan syaitan berkeliaran
disebabkan gua tak nak jadi syaitan
gua nak pulang sekarang
gua tak lupa kewajipan gua menghadapNya
balik gua niat nak taubat balik
apa dosa yang gua kutip tadi

apa pun
tempat ni masih tak berubah
tahap kebosanan sama sepeti dulu
bila la kerajaan nak Upgrade tempat ni?
gua teringin tengok bangunan 80tingkat kat sini
sudah sudah la berangan
gua toleh belakang balik
gua nak ucap
"SELAMAT TINGGAL PASAR MALAM P.BUNTAR"
inilah event besar gua cakap tadi
mungkin tahun depan gua datang lagi event besar ni


TAMMAT


sarikata disediakan oleh Peronda pasar Malam



Jangan buat hal boleh tak??

Saturday, March 27, 2010
hero palsu sedang berang!

Assalamualaikum dunia.
entri ini tentang kemarahan gua
gua berasap kepala
gua sedang terbakar hati
gua gua rasa nk hentak kepala
ahh.
mengapa?


Ceritanya begini
pagi pagi gua bangun
bukak tudung saji
gua makan makan apa yang ada
agak kenyang gua stop
tanpa mandi dan bersugi
gua on laptop HP
gua semangat berkobar kobar
nak jumpa dunia maya gua
waktu ni la tiba tiba saja
mamat ni wat gua berang
gua keluar bilik
nampak je batang hidung mamat tu
gua sound mamat tak henti henti
tapi mamat tu wat keras je
kalau lu orang tengok gua waktu tu
telinga gua hidung gua keluar asap
tahap bengang gua di kemuncak

cerita kemarahan gua sampai ke kemuncak
gua tak tahan lagi
gua ketuk sekali kepala mamat tu
mamat tu senyap lagi?
nah rasakan.
hentakan terakhir gua
*debab*
mamat tu padam
ha ha ha
gua gelak puas

mama gua datang dari belakang
"eh..kenapa ni?nape pukul mamat tu?"
muka mama gua pulak yang merah
marah agaknya
gua jawab selamba tanpa ragu
"dia wat hal"
mama gua balas
"haa..da..nanti dia elok la tu"
gua wat muka sentap
gua jalan perlahan ke bilik

sampai bilik
gua tutup laptop
gua sambung tidor
nak hilangkan tekanan

sejam berlalu
gua bangon
matahari tegak atas kepala
azan zohor berkumandang
gua amek wuduk
tunaikan kewajipan padaNya dulu
marah gua dah reda
api dah padam
tapi mamat tu masih senyap
dah mati agaknya
gua membunuh?
kisah apa
mamat tu cari pasal

sudah sudah la kisah ni
gua nak pegi tengok bola
sokong team gua
MANCHESTER UNITED yang
HEBAT
kutuk team gua benci
CHELSHIT yang
LOSER

tak habis lagi
gua pandang mamat tu
senyap lagi
biar la kat dia
gua nak tengok bola ni
tapi gua tak sekejam tu
gua da terniat dalam hati
lepas dia da sihat nanti
gua nak cakap satu perkataan
"SORRI ye wahai STREAMYXku"
"bukan niatku menyakitimu"

gua insaf
tak nak marah dia lagi
harap dia maafkan gua
doa doakan untuk gua
Assalmualaikum semua.


HABIS
sarikata disediakan oleh manusia sedang marah

Episod : Lelaki Jiwa Nipis

Friday, March 26, 2010
hero palsu beraksi lagi

Entri ini berorentasikan tentang lelaki
namun bukan lelaki biasa
bukan berkuasa
tetapi tajuknya : Lelaki Jiwa Nipis
Selamat membaca

Orang kata lelaki insan yg kuat
meraka pula kata lelaki hatinya keras
bapak kata lelaki tak boleh nangis
jadi apa yang anda kata?
gua tak kata apa apa.cuma ingin bercerita

Mari kita berbual lagi

Kata kata nista yang biasa digunakan Lelaki Jiwa Nipis
"Hmmm..Takpelahh..sapa lah aku ni kann.."
"Emm..Takpelah kalau bz sangat.."
"Dengan dia kau ajak aku ni kawan baik ko tak ajak pun.."
"Kenapa tak reply?Bz sgt ke sampai takleh nk reply langsung?"


Merajuk merupakan satu fenomena yang sering kita lihat,kita dengar dan kita alami.Namun, tatkala Lelaki merajuk, gua jadi pening.Resah dan gelisah bercampur campur dalam jiwa. Rajukan perlukan pujukan. Gua cuma pakar memujuk perempuan. Hari hari gua praktis.Pujuk Mak gua, pujuk kakak gua, pujuk adik perempuan gua, dan pujuk si dia. Saat ini, gua terpinga pinga dan terus bertanya."Macam mana nak pujuk Lelaki begini?".Gua terus dalam dilemma mencari jawapan yang pasti.Gua mahu belajar caranya.

Satu hari, gua hentikan dilemma gua. Gua temui antidote penawar 'penyakit' ini. Gua telah mendapat ramuan ubatnya dari seorang teman gua.Namanya Beliau. Beliau telah memberikan tips penting kepadaku.Hasilnya ini yang gua simpulkan.

Tips memujuk di kala lelaki merajuk:
1. Pujuk buat kali pertama dan terakhir
2. Kalau empunya diri masih merajuk,tolong jangan pujuk dah(kalau awek tak apa).
3. Biarkan dirinya cool down. Anda buat buat tak tahu seperti tiada apa berlaku
4. Setelah beberapa ketika, buat seperti biasa dengannya.Berbual seperti sedia kala.100% dijamin dia akan melayan anda.
5. Selamat mencuba

Di Makmal Perubatan

Berdasarkan kajian Professor professor sedunia, lelaki begini mempunyai ego yang tinggi. Pabila rajukan bermula, dia takkan mengaku dirinya merajuk. Deny dan tepisan menolak pengakuan dirinya merajuk. Pada hakikatnya, sememangnya terbukti dirinya merajuk.(ketawa ketawa)

Berdasarkan analisa terbaru Pakar Mental benua Asia, lelaki ini dikatakan seorang yang tidak suka marah. Dirinya menjalankan aktiviti merajuk sebagai medium untuk menyatakan perasaan kecewanya. Jarang sekali dirinya akan marah sekiranya berlakunya perselisihan faham. Kata pengerusi Pakar Mental benua Asia lagi, kebarangkalian untuk lelaki begini marah adalah 0.1%. Ini kerana jiwanya yang tidak suka akan keganasan.Lebih suka memendam perasaan.(gelak gelak)

Berdasarkan maklumat dari Ahli Phsycolgy Jepun, lelaki spesies ini merupakan seorang yang penyayang. Namun begitu Ahli ahli pengkaji itu masih belum menemui evidence yang mengesahkan fakta tersebut. Kajian masih di peringkan awal. Jadi, maih belum ada jawapannya.(geli geli)

Kembali ke dunia nyata

Sudah kalian dengar penjelasan itu?gua bukan apa.Gua pun pernah alami perasaan begini. Tapi gua dah ada pesanan untuk Lelaki lelaki di luar sana. Merajuk tak salah, tapi jangan melebih lebih. Jangan sampai satu hari nanti manusia sekeliling anda bosan dan menyampah. Anda juga akan merana. Bagi gua, simple dan mudah, 'Balancekan jiwa anda, pasti hidup anda bahagia'


Sudah sudahlah merajuk kawan.
Jom kita menyanyi lagu buat kawan gua yang sedang merajuk.
Nama kawan gua Jude

............................................

Hey Jude(jangan merajuk)

nyanyian : The Kumbang
gubahan : heropalsu

Hey Jude, don't make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better

Hey Jude, don't be afraid
You were made to go out and get her
The minute you let her under your skin
Then you begin to make it better

Ja ja ja, ngan-ngan ngan ngan
Me-ra juk na, hey Jude
Ja ja ja, ngan-ngan ngan ngan
Me-ra juk na, hey Jude

.....................................................

madah terakhir gua
teman teman
rakan rakan dan taulan
bernama lelaki
jangan disebabkan merajuk
kita putus kawan
itu namanya kerja bodoh


Paling paling penting
Nasib baik gua TAK PERNAH merajuk
cuma kadang kadang tu gua terasa hati
tapi gua tak merajuk tau.
gua ini Lelaki Jiwa Besi la.

renung renung bersama


SEKIAN

sari kata disediakan oleh Lelaki Jiwa Besi