Hanya Justin Bibir mengenal manikam.

Thursday, October 28, 2010
Suatu petang lebih kurang dua minggu lalu, gua sebagai cucu mithali merancang nak menziarah atok gua di kampung petang tu. Lalu, gua pon dressing berseluar pendek dan berbaju tshirt fit, gaya rambut korea. Gua ingat naik bas sudah tanpa pikir panjang.

Setibanya di stesen bas Parit Buntar, gua intai intai tengok bas menuju ke Kuala kurau. Disebabkan belum ada, gua ambil satu port duduk dengan memasang niat untuk mencuci mata. Aktiviti gua tergendala tiba tiba, seorang brader yang bertubuh agak sasa tapi tak kacak datang dengan senyuman melabuhkan punggungnya di sebelah gua. Sesudah duduk dia senyum lagi ke arah gua macam minta penampar dari gua. Brader tu pon tiba tiba buka mulut. Ikuti dialog yang agak menarik perhatian antara gua dan dia.

" Hai adik, nak pegi mana ni?", tanya brader tanda pembuka bicara.

" Pegi Kuala Kurau, rumah atok", gua yang secara semulajadinya bersifat peramah menjawab dengan ikhlas.

" Oooo..ni adik nama apa taktau?", soal brader sambil membakar sebatang rokok Dunhill.

"Muhamad", gua jawab seringkas nama gua.

"Laaa..melayu? ingatkan cina tadi. Ha ha ha", balas brader spontan dengan ekspresi separa ketawa.

"Hahahahaha", gua buat buat ketawa, sambil dalam hati gua pikir brader ni perli aku pakai short ke ape ha.

* Perbualan gua dan brader tu berlarutan tak ubah seperti aktiviti 'ice breaking' sampai la satu masa yang buat gua rasa brader ini celaka.

" Muhamad nak tau, tengok muka muhamad ni abang teringat kat adik angkat abang. Muka jambu jambu lebih kurang macam muhamad lah", wajah eksperesi brader tu mula berubah.

" Oooo, ye ke bang? ", gua mula rasa atmosfera perbualan ni dah lain macam.

" Betul. abang memang suka ambik adik angkat tambah tambah macam muhamad ni. Bukan niat abang nak balas 'jubor' diorang ke ape, cuma abang ni suka tolong diorang ni dari segi kewangan macam tu. ", khusyuk brader tu bercerita meyakinkan gua tentang kisah nya itu.

"............", gua dah mula senyap, dalam hati macam nak mencarut.

" Haa ni, kalau muhamad nak pon sekarang abang boleh bagi handset Nokia Express Music terbaru punya kat muhamad tau", kata brader tu dengan lembut, memasang umpan.

"wah..kayanya abang ni", dalam kepala gua mula bercelaru nak cari idea cabut lari.

" Kejap tau muhamad", brader tu membuka zip beg nya mencai sesuatu.

** Dalam keadaan genting itu, tiba tiba penyelamat gua sampai memberi jalan keluar. Bas gua sampai tepat pada masanya.

" Eh abang, bas saya dah sampai tu, saya gerak lu bang", gua maintain cool walau cemas.

" Laa..bukan bas tu nak jalan pon lagi. Lagipun, abang pon boleh hantar muhamad naik kereta. Lagi best", pujuk brader tu manja macam tengah mengayat awek.

***Time tu gua dapat idea bernas, gua tekan butang play mp3 handset gua. Kononnya macam ada orang kall.

" Kejap bang, ada org kall", gua bangun dan berlakon macam tengah bercakap dalam telefon.

Dalam kesempatan itu, gua ambil step setapak demi setapak sementara brader tu tak perasan. Gua terus naik bas, duduk senyap senyap. Dalam hati, gua jerit celaka paling kuat.

Malam tu, gua mula bermunasabah diri gua. Gua rasa gua dah jumpa jawapan kepada punca berlakunya kejadian menakutkan petang itu.

Puncanya sebab gua punya gaya rambut macam celaka ni.

Disebabkan kejadian malang yang menimpa gua itu. Keesokan harinya, gua terus ke kedai gunting rambut dan membotakkan kepala.

Ya. Nampak lebih normal dan 'Maskulin' serta tiada unsur unsur songsang.



Pesanan ikhlas dari Maria Ozawa, " Janganlah kamu mendekati zina tambah tambah lagi hubungan sejenis. Dosa besar tau. "



11 pujian:

Nur Hanisah said...

HAHAHA. awal-awal lagi aku dah agak brader tu lain macam. tu la kau gatal. nak buat style jambu. kan dah kene tackle. nasib baik tak pakai supra. lagi laku la kau. tapi part kau botak kepala tu aku x percaya. hahaha

Muhamad A Halim said...

ergh. menyesal ak layan dia sembang. gampang. hahahaha. tol la. x caya tnye im. aku dah botak kot. tapi waktu g kl ari tu, rmbut ak dah tumbuh ah gak. hahahaha

bawalbukanamesebena said...

BAHAHAHA! gile scary btol tau tak?? tapi sonok la ko kan..salu jadi sasaran peminat kaum sejenis, ha ha ha.

Muhamad A Halim said...

=..="
kalau lah perempuan yang datang ngorat ak camtu. kan bagus. ye tak? hahahaha

Eqa Yazid said...

haha. gay ke ape brader tuh. gila poyoo. npe tak amek jek hp tuh . then blah lah -,-" HAHAHAAHH

nurfatin binti mohd mustapha said...

hahahahaha...bodo tol...

nieya said...

hahahaha bodo ramai peminat sejenis. no wonder la abang zul pon nak dekat kau.

amirpo. said...

ahahahaha..maria ozawa pakai tudung.

Muhamad A Halim said...

eqa : kalau yg bagi tu perempuan i dah amek dah tau !

fatin : bukan ak. brader tu ye

nia : kau jeles? takde sape minat kat kau? hahahaha

po : bahahahaha, maria ozawa sudah sedar dari kesilapan lalu nya.

mahmudah said...

naseb bek bus dtg menyelamat. ew. scary weh abg uh. o.O

Muhamad A Halim said...

tak tak. nasib baik otak ni bergeliga. hahahha