Saiz saya besar 'jari' kelengking?

Tuesday, May 18, 2010


Gambar hiasan

tompok ungu di hujung jari bukan kesan najis hidung, tapi kesan marker.


Assalamualaikum

Hari ini ada orang gegar maruah gua dengan jenaka tak bertempat. Gua yang berjiwa kental merasakan diri ini dayus kalau gua tak bersuara tambah tambah lagi oleh seorang perempuan.


Di tempat kejadian, Isnin , 17/5/2010

Tugas utama gua sebagai pekerja Pasaraya Longwan Sdn. Bhd. tak banyak beza atur cara nya dengan hari hari yang lepas. Punch card masuk pukul 11.45am. Angkut barang, punggah barang, selongkar stor dan layan customer customer tersayang. Punch card keluar pukul 10.30pm. Tapi, standard hari hari kerja am iaitu isnin sampai jumaat, pelanggan tak seramai hujung minggu punya situasi. Jadi, disebabkan posisi hari ini hari kerja, gua yang realitinya rajin terpaksa buat buat malas. Memang lengang dan jarang telinga gua tangkap bunyi mesin cashier beroperasi.

Gua yang melengung menongkat dagu di depan kedai terus melepak makan gaji buta. Tiba tiba , pancaindera mata gua tertarik kepada dua wanita gempal yang sedang membuat perhitungan total barang yang mereka beli. Gua rasa mereka dua sekawan ni tak aplikasi perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'. Melimpah ruah ke sana sini. Tapi gua kutuk dalam hati. Gua pon tak perfek.

Gua perhati dari jauh. Gua lihat dua sekawan ni memborong cukup sakan. Dengan hati yang suci murni, gua pasang niat nak ringankan beban dua sekawan tadi. Gua nak tolong angkat barang belian mereka. Dengan raut wajah gua yang separa tersengih, gua sampai betul betul di tepi kiri mereka. Gua pon mula mengatur bicara berhemah gua.

"Akak, meh saya tolong angkatkan barang akak gi kereta akak", gua bersuara penuh nada bertatasusila.

"Eh, takpela adik. Akak boleh angkat sendiri", Kakak Gempal I tersengih menampakkan gigi siungnya

"Eleh u ni, abg hero dah nak tolong angkatkan tu bagi je la", Kakak Gempal II berkata sambil bahunya menciut bahu kawannya itu.

"Takpe la, setakat besar ni (menunjukkan jari kelengkingnya) bukan taste i la..", kata Kakak Gempal I sambil ketawa terkekeh kekeh bersama rakan baiknya.


Rakan rakan gua yang berada berdekatan dan di kaunter cashier turut ketawa berdekah dekah. Gua rasa dia silap orang buat gua macam itu. Dalam 2 3 detik gua dapat idea. Mulut gua secara spontan terbuka menyusun kata membalas kata kata nista. Gua terpaksa ingkar ungkapan " Customer Always Right".


"Eh, Kakak tunjuk jari ape ea tadi?Jari kelingking ke jari ibu?", Gua menyoal sambil senyum dalam sinis.

"Jari kelingking la", Kakak Gempal I memberi jawapan.

"Ye ke jari kelengking? Saya ingat tadi jari ibu.Macam sama je saiz jari kelengking akak dengan jari ibu saya?", Gua berbias dengan kata penuh maksud tersirat.

"............", dua sekawan muka mula nak merah.

"Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Hayati kata kata ni ye akak", tak ku sangka kata kata itu keluar dari mulut gua.

Gua pon terus beredar dari tapak kejadian dengan senyuman plus jelingan manja kt Kakak Gempal I dan II. Lepas ni, gua jamin dua sekawan takkan datang jejak ke sini lagi.

Sesi pengajaran:
I) Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
II) Budi bahasa budaya kita
III) Melawak biar bertempat
















6 pujian:

MiNiE said...

adk...!!!ape la dorg tu!!!vavi

Muhamad A Halim said...

gemuk tak beradab

Lucid Ikemal said...

dalam banyak2 gemuik, aku jugak hensem. hehe.

Muhamad A Halim said...

betul pot
tapi hg gemuik ka?

Amirul Arif said...

besar la tu jari kelingking..hahaha

Asfz said...

isk3x..
hahaha..suka style ngan jawapan2 yg diberi..
terbaekk :)

http://asfzlily.blogspot.com