Episod : Mr. Perfect

Thursday, March 25, 2010
hero palsu bertindak lagi


Assalamualaikum.
entri yang perfect.
mesti kalian tertanya dan tanya
siapa Mr. Perfect?
nantikan jawapan di hujung rancangan
yang penting bukan saya
saya manusia biasa
silap /lupa /malas /tak hensem tapi kacak /lembab
semua di atas sifat saya
bererti saya memang tak perfect

Perfect atau dlm bahasa ibunda Sempurna
mengikut Kamus Dewan edisi ketiga bermaksud:
tidak ada cacat celanya,lengkap,tidak ada kekurangan.

Terjaga sahaja daku dari mimpi
daku terfikir satu persoalan
wujudkah Mr. Perfect dalam realiti?
tibatiba daku teringat satu kisah semasa daku di MTiU Hadek
kisah tentang seorang jejaka SEMPURNA
Lagak gayanya memang spt Brad Pitt
Ketampanannya tidak ubah spt Tom cruise
sesiapa terlihat 100% akan terpikat
oh..hebatnya

Satu hari daku berbual kencang dengan teman temanku
baru ku tahu
rakanku telah dicela oleh Mr. Perfect tersebut?
alangkah berasap nya hatiku
dalam jiwa daku kata:

"ahh..bagus sgt ke dia nk kutuk org cmtu?"
"perfect sgt ke dia?"

Sejak dari detik itu
kami memanggilnya Mr. Perfect
kerana kehebatannya
ketampanannya
kesempurnaannya
menyebabkan BELIAU sesuka hati mengkritik orang
biasalah.
orang dah perfect sangat

Di kala itu
daku teringat sebuah lagu yang sering daku nyanyi di karaoke
tapi daku hanya ingat chorus
jom nyanyi sama sama untuk Mr. Perfect kita


--------------------------------------------------

Mr. Perfect
nyanyian: Pembunuh Itu
gubahan : heropalsu



........lirik tak ingat......

c/O

Jealousy
turning saints into the sea
Swimming through sick lullabies
Choking on your alibis
But its just the price I pay
Destiny is calling me
Open up my eager eyes
Cause I'm Mr PERFECT



--------------------------------------------

bicara terakhir
menjadi Mr. Perfect di mata manusia cuma sementara
menjadi Mr. Perfect di hadapan Al-Malik bersifat selamanya

akhir kata
jaga hati manusia
tak perlu jadi perfect
kalau hati orang kita tak jaga
inikan perfect di hadapan Ar-Rahim

muhasabah lagi


HABIS

sari kata disediakan oleh Mr. Imperfect




Episod : Rahsia Kita je Tau

Wednesday, March 24, 2010
hero palsu menaip lagi

"rahsia kita je tau"
frasa yg sering diulang
dari orang pertama
ke makhluk ke dua
ke insan ke tiga
terus diulang sampai kembali
orang pertama mendengar frasa yg sama
"rahsia kite je tau"
dari makhluk yg lain.

mesti kalian blur.mereng.sasau baca ayat di atas
ok
di sini penerangan saintifiknye
pernah tak dalam hidup kita atau kau atau dia
dalam situasi dimana
contohnya
saya memberitahu rahsia kepada kawan paling saya pecaya saya suka sorang awek nama Rogayah.
dan ketika inilah frasa hikmat dilancarkan di akhir aktiviti berkongsi rahsia
"Rahsia kite je tau"
namun harapkan pagar, pagar makan ***i
kalau semua orang dah tawu.bukan rahsia dah kn?

nasihat dari saya
selagi boleh berahsia
simpan.jangan bukak kasi orang tengok
pepapatah omputih cakap
"SHARING IS CARING"
propaganda sumer tuh
lebih baik jangan share
kalau tau jd cmni kn?
kalau nk berahsia pegang pepatah melayu
"BIAR PECAH DI PERUT, JANGAN PECAH DI MULUT"
stail habaq hang
jangan bual sangat
buat dulu
baru kita bual panjang


..................................................................................

Saya terdengar perbualan abang hamidon dan Samad siang tadi.

Samad: Hai Midon kenapa muram ja ni?
Midon: Hmmm..pasal si Ali tu la.Adake patot dia g bagi tau kat semua org yg aku hutang dengan dia.Janji kate nk rahsia je.Malu betul aku dibuatnya.
Samad: Yang hang g hutang ngan Ali buat apa.Lain kali hutanglah dengan Abu
Midon: Kenapa ngan Abu?
Samad: Ish,hang ni. Abu tu bukan saja pandai simpan rahsia malah kalau hang bayaq lambat dia tak kisah punya.
Midon: Wow.hebatnya abu.
Samad: Setail habaq hang.Macam si Ah Cheng tu,dah empat bulan tak bayaq,Abu tak bising pon.Dia senyap senyap ja.
Midon: Macamana hang tau dah empat bulan Ah Cheng tak bayaq hutang dia?
Samad: Abu yang bg tau kt aku semalam
Midon: (BENGANG)


kata kata terakhir saya
muhasabah diri
kalau dulu kala penah terbocor
lepas ni janji dengan saya boleh?
satu je saya nak?
"ape yang saya cerita ni Rahsia Kita je Tau"


DI END

sari kata disediakan oleh ??(rahsia)




Episod : Saya pon pernah menipu?

ini mulut saya.tanpa mulut.mungkin saya tidak menipu
hero palsu datang lagi

Tipu kanan
Bohong yang kiri
Gebang di belakang
'Lie' di depan
Kita patut sedar kita menipu hampir setiap hari
percaya atau tidak?
macam mana sy tahu?
sebab saya pon pernah menipu
macam kau,dia dan mereka

khas buat penonton setia
saya karang satu cerita
supaya korang sedar korang semua sedang ditipu saya

........................................................

'Keluaga 69'

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu.

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada kelas tambahan apak", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.tergolek golek anaknya

"Nak, ini adalah robot ciptaan apak, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Errr...Maaf ayah... saya baru habis memonton muvee di rumah kawan".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom apak, Afdlin Shauki berlakon".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf apak... saya tengok cerita lucah".

Robot senyap tanpa reaksi.Bererti anaknya jujur buat julung kalinya

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu ni... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan apak saja perbuatan kamu ni. Masa apak kecil dulu , apak tak pernah pun buat macam ni.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...anaknya melopong sebentar

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata.. "Huh, sama saja perangai, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...


Si anak pengsan.


TAMMAT


sari kata disediakan oleh Penipu







Episod : Mula mula

Mula mula gua pikir
Mula mula gua tenung
Mula mula gua renung
Mula mula gua tanya
Mula mula gua rasa

monolog dalaman.
"kenapa gua buat blog?"
"kenapa gua tulis blog?"

----------gua flashback masa lalu gua----------

scene tragedi : satu bilik di UiTM

Dua sahabat, gua dan lu berbual kencang

gua : pa barang blog2 ni?x stail la.
lu : suka ati gua la.gua punya suka
gua : benci gua.x menarik.blog untuk org org skema cm lu
lu : suka ati lu mau bual apa.blog gua stail gua
gua : (gelak gelak gelak gelak)
lu : (mengeluh)


....................................................................................

dulu gua benci
dulu gua hina
dulu gua caci
dulu gua bahan

tapi
sekarang gua ada blog
sekarang gua menaip blog
apa hal?
apa jadi?

suhu badan 37drjh celcius
gua tak demam
gua waras lagi
gua tak gila

Konklusinya.
gua pesan sama lu org
jangan benci membenci
satu hari nanti benci tukar jadi suka
lu sama la nasib ngan gua
serik membenci
tambahkan positif
singkirkan negatif
tetap optimistik



BERSAMBUNG


Sari kata disediakan oleh Aku




Episod : Satu

Tuesday, March 23, 2010

setiap perkara bermula dengan SATU
digit SATU
SATU saat , SATU minit , SATU jam ,SATU hari
ahhh?baru nk mula dah berbual hebat
nk tunjuk hero?
Cukup dengan bebelan kosong anda
selamat datang semua pendatang , pembaca, peminat
sila sila jgn malu jemput minum
SAYA, juga PENGARAH EpisodHeroPalsu
berbesar hati kpd semua peminat
Diingatkan,ini bukan filem kanak-kanak
bukan juga filem kartun d kaca tv
ini bukan filem ganas 18 (SX) mahu (SG)
ini ialah filem tentang seorang manusia (U)
manusia dengan lagak HEBAT.
tapi sebenarnya hanya LOSER.
kuatkan JIWA teguhkan IMAN
tarik nafas dalam dalam.jangan semput semput.
pakai SEATBELT pakai HELMET
yang lemah jantung.yang lemah semangat.yang lemah batin
tolong jangan
anda bakal berdepan satu pengalaman berbeza dari luar biasa
sedia?
3
2
1

........................................................................

masih di bumi nyata


BERSAMBUNG


sari kata disediakan oleh AKU