Assalamualaikum
Pakcik Adnan Abu Hassan sedang sibuk dengan kanak kanak AF.
Tuan Ajai dengar kata sedang melancong.
Abang Audi Mok pula busy menjaga anak anak di rumah
Gua rasa komposer komposer lagu tanah air di atas dah lupa tanggungjawab mereka.
Pagi tadi gua pergi satu kedai mini nak cari ubat gigi Safi Kayu Sugi. Setapak gua masok kedai tu, gua dengar muzik intro lagu fevret bekas teman sebilik gua berkumandang. Gua pon dah khatam full lyrics lagu ni sebab gua suka awek yang nyanyi lagu ni. Awek tu anak tukang jahit yang selalu naik keta Swift tu. Gua yang baru nak high layan lagu ni terus cancel hajat.
FAK
Gua dah terkeluar kata kesat. Bila masa anak tukang jahit pandai nyanyi dlm Bahasa Melayu? Bila masa suara anak tukang jahit TAK sedap? dan Bila masa dia convert jadi laki?
lagu : Kisah Cinta
Penyanyi : Anak Tukang Jahit
FAK LAGI
Baru gua sedar. Orang Malaysia nyanyi lagu ni dalam versi melayu. Laki pulak tu. Paling siknifikan, tak merdu.
Gua rasa.
Memang lepas ni, komposer Negara kita tak payah susah perah otak buat lagu. Tinggal nak buat audition cari peraka lirik je. Penyanyinya, kita bagi peluang kat produk realiti tv yang terbuang. Dengan cara ni dana negara kita pon tak dibazir nak upah komposer banyak banyak. Bernas tak proposal gua?
Gua akhiri nyanyian gua dalam entri ini dengan persembahan di bawah.
Persembahan seterusnya daripada Wanita Gaga dengan lagunya Romance Teruk. Belum sempat persembahan bermula,
Dato' Siti Nurhaliza tiba tiba muncul dari tepi pentas.
"Bila industri muzik kita nak maju kalau begini?", seru beliau selepas memenangi ABPBH.
Gua terdiam. tak terjawab persoalan itu.
Kuiz mingguan :
siapakah yang memenangi anugerah penyanyi paling popular di ABPBH?










