Hero Lampau Kian Dilupa

Wednesday, April 7, 2010


Assalamualaikum

Mungkin entri ini bersifat keanak anakan yang tak berapa comel.

Saya cuma ingin mengimbau zaman tidak matang saya dahulu. Dimana hingus masih lap di baju. Makan aiskrim pop lagi tumpah tumpah. mengira tambah tolak masih guna jari. Bengap betul waktu tu. Nama pon kanak kanak. Hujung minggu merupakan heaven bagi saya. Celik mata hari sabtu mesti tercangak depan kaca tv. Zaman tu piring Astro memang jarang kita tengok. Jadi tv3 dan tv2 memang jadi siaran fevret saya.

Saya masih ingat lagi. Zaman tu memang saya sangap tak pasal pasal nak tengok kartun. Paling tak boleh miss, hari sabtu pukul 5.30ptg. Remote Control memang saya dah sorok siap dalam baju. Kadang kadang dalam seluar. Memang waktu tu channel lain haram dibuka.

Saya nak tengok hero hero saya beraksi . Hero yang dah terkubur sekarang. Mana hilangnya di mata kanak generasi sekarang? Itu yang gua kesalkan.

Penghormatan terakhir kepada hero hero lagenda sepuluh tahun yang lepas

1. POWER RANGERS

Kombinasi kaler merah kuning hijau biru/hitam dan pink merupakan chemistry terbaik dlm kisah ni. Hatta, Label mereka sebagai hero memang disanjung kanak kanak macam saya zaman tu.Setiap generasi hero ni saya ikut dari costum mereka yang klasik sampai dah canggih.Berbekalkan storyline yang serba prototaip , memang kehebatan mereka tak boleh disangkal lagi.Tugas menentang kejahatan di bumi menyebabkan mereka dipilih sebagai the chosen five mendapat super power yang entah dari mana datangnya. Mereka akan bergabung tenaga melawan raksasa durjana. Part ini paling suspen dalam cerita ni di mana raksasa yang sudah meletup itu akan regenerate menjadi besar. Saat ini hero berlima ini akan akan menyeru robot mereka. Scene paling kagum pabila robot bergabung. Paling mengujakan ialah bila hero ini hampir kalah atau nyawa nyawa ikan. Bak kata masyarakat kita, "Hero kalah dulu".Waktu ni la tiba tiba ada saja power baru yang mereka dapat sehinggakan meraka menang match tu. memang orang cakap hero takkan mati.


wajah wajah yang telah banyak berkorban

gambar diambil semasa jamuan hari raya thn lepas


2. ULTRAMAN

Hero yang tak lekang dek panas tak lekang dek hujan memang menjadi lagenda kanak kanak sepanjang zaman.Bermula daripada generasi awal iaitu Ultraman Taro sehingga ke generasi hari ini Ultraman nexus. Hero ini tidak pernah mengalah. Yang menariknya cerita ini, insan yang menjadi hero wajib bekerja dalam organisasi ala ala force. Sebelum ni tak pernah terpikir. Tapi bila pikir pikir balik. Baru saya perasan.Scene paling menusuk kalbu dalam sutradara ni bila sampai masa Ultraman nak kalah. memang "Hero kalah dulu".Lampu comel kat tengah tengah badan dia mesti berkelip kelip. bunyi tetap sama spt 10thn lepas,*ting tong ting tong*. memang tak pernah berubah. Paling naif saya tengok dalam kisah ni ialah watak raksasa nya yang memang tak real langsung.Keras kematu dan kompem huduh. Ultraman nak hensem dan setail je. Pape pon. Kisah ni tetap lagenda.

kaum kerabat dan cucu cicit

gambar diambil semasa reunion tempoh hari


Memang entri yang kecomelan

Kita lihat generasi kanak kanak sekarang. Tidak lagi seperti kita dahulu. Tahap imiginasi mereka kini dihias oleh
anime anime dan kartun kebaratan. Abang Naruto menjadi sanjungan mereka. Benda pelik ber-span kuning iaitu Spongebob menjadi hiburan mereka. Sebab itu minda mereka lebih kreatif dan inovatif daripada kita dahulu.

Namun saya tetap rindukan kisah kisah ini. Kanak kanak sekarang memang sudah tidak kenal siap itu power rangers. Itu yang membuat saya pilu.

Saya lihat, tiada lagi baju baju power rangers dijual di pasar malam.tiada lagi buku mengaler potret ultraman dijual. Pakcik pasar malam dah ganti dengan baju baju bergrafik span kuning dan Abang Naruto.

Mana hilangnya hero lampau kita?
Sambil saya menatap tape tape antik kisah power rangers dalam stor rumah.


Terdiam sayu


11 pujian:

Nurhashimi said...

zzz...first lagi

Muhamad A Halim said...

err?

Nur Hanisah said...

part yang paling aku suka ultraman dulu is masa ultraman dah nyawa-nyawa ikan.pastu kan sedare mara die dtg tlg.masa tu comel gila.dah la jrg jadi.kalau bertuah dpt la tgk part tu.

power rangers plak masa dia bergabung tu.pergh terbaik!!!

tapi.kartun yang aku paling suka xley bla is KLUANGMAN!!!
even die kartun dan bukan manusia.tapi KLUANGMAN la hero tempatan yang terbaik wey!!!

Muhamad A Halim said...

haha
KLUANGMAN?
fak..aku suka lagu dia ja
cerita cm haram

Anonymous said...

waw, entry kali ini kaya dengan typing error. hihi.

aku benci katun yang kau minat.
haha.
yang aku suka, doraemon ngan shin chan je

Muhamad A Halim said...

haha
kau tu knk2 retard
mmg gitu
haha

Nur Hanisah said...

kau x suka citer die?
wey best ok.aku rasa tu antara citer kartun malaysia yg paling berjaya skali.next from silat lagenda la.

hanuman said...

ok..aku suka power rangers putih...mighty morphin power rangers...siap ada jam yg blh bunyi lagu dia lg..hahh..ultraman yg ada tanduk tu yg best..ultra7 pun best gak...

..ALAWIAH.. said...

aku suka hitam.. selalu hitam plg handsome.. huhu

bawalbukanamesebena said...

mane dragon ball?
weekends? kul 9.30 pagi?
ahh kau x style
entri xmenarik..gagagaga

Muhamad A Halim said...

tu x termasuk dalam hero legend
mampos kau