Konklusi Kurapsi

Thursday, April 22, 2010

Assalamualaikum

Ini kisah semalam

Pagi tadi gua terbaca satu bingkisan sajak dalam Antologi Kerusi

Aku keliru menjadi buntu
arah yang ingin di tuju
rasa resah ku kian terlalu
dengan ilham ku tumpu

Aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi
keadaan memaksaku
menghadapi semua

Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimpi jadi realiti
rasional diriku rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku


**********************

Gua terkedu kedu selepas mendeklamasi sajak itu. Mana tidaknya, memang selari dengan equation hidup gua kala ini. Solusi dan jawapan yang masih gua cari.

Sebagai analogi,

Gua memacu motor ex5 ayahku ke kedai runcit. Sampai di satu simpang tiga(gua di tengah persimpangan), gua nampak Lisa Surihani di sebelah kiri melambai memanggil namaku. Gua toleh kanan, Nora Danish terjelepuk jatuh di tepi jalan dan meminta pertolongan. Gua keliru nak pilih kanan atau kiri. Yang kanan cantik, yang kiri comel.

*********************

Dalam situasi memilih begini, gua aplikasi satu nasihat. "Don't judge a book by its cover"
Gua nak nilai apa yang gua lakukan dalam dalam. Gua nak predict apa lebih di sini dan apa hebatnya di sana. Gua nak buat fikiran gua ber-rotasi 360 darjah dalam proses pemilihan gua. Ratio berat seimbang sama 50:50.



Warkah putih mencetus kontrovesi

Sent by Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Received by Muhamad Abd Halim ( Pelajar Jurusan Undang undang UiTM Kedah)



Konklusi terus misteri

"Nak berjaya dalam satu bidang kena ada minat", bebel Pak abu
"Tak kenal maka tak cinta, dah kenal minat akan datang sendiri", celoteh Pak Ali
Gua minat mentelaah jurusan undang undang tapi SPA menjamin masa depan
Gua tak suka subjek kimia sebab gua benak kimia. Mungkin sumpahan sebab gua pernah kantoi meniru di sekolah lama dulu.ni tipu


Gua tetap rasa di mana pon kita, rezeki di tangan Tuhan. Yang penting usaha demi mencari ilmu.


Satu harapan mendapat hidayah
Gua harap diberi petunjuk dari Al-karim yang mana terbaik untuk masa depan

Amin









5 pujian:

Amirul Arif said...

1st...haha
ang mohon ka?

Muhamad A Halim said...

dah lame dah..
tahun lpas da
tiba2 bru dpt

Amirul Arif said...

dye nk soh ang pegi lah tu

g la mad...haha

Nur Hanisah said...

course ape?
kalau kau xminat kimia and dapat bidang2 tu baik xyah.
tapi keputusan terletak d tgn kau la

Idy Saha said...

erm mad.
nie nasihat aku lah.

Kalau kau rasa kau tak mahu dgn law, baek kau truskan saja dgn SPA itu.
Tp aku percaya, rezeki ada di mana2.
Kau byk kan lah solat semua n wat lah solat istikharah. (Eh betulkan ak eja tu? HAHA)

Semoga kau wat keputusan yg betul weyh.