Gua Bernasyid Malam ni

Friday, April 2, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Gua dengan nasyid memang da ada chemistry
gua dah berkecimpung dalam bidang ni 5 tahun
tapi gua dah 'gantung mic' waktu gua fom 5
gua decide gua retire seumur hidup

tapi tiba tiba petang tadi waktu gua tengah layan Al-Kuliyyah
kekanda gua keluar satu kertas bagi gua
gua translate apa yang tertera


KONSERT MALAM BISIKAN CINTA bersama INTEAM
2 APRIL
9 MLM
USM P.BUNTAR
jari ibu gua tengah tutup harga tiket

Gua baca pon dah sekat sekat.Kakak gua paksa gua pegi.Gua tak bual panjang, gua kata orait je.

Pukul 8.00pm
Kakak gua dah siap nak pegi .Gua satu hapa pon tak ready. Gua dilemma nak pakai apa. Baju melayu hijau gua dah pakai pegi semayang jumaat tadi. Last gua bantai pakai tshirt ngan sluar skinny gua, selipar jamban. Barulah konsert namanya.

Sampai tapak konsert gua dah mula tarik baju cover muka. Gua tengok penonton lain semua pakai baju melayu,yang lelaki. Gua pulak dressing relaks macam nak pegi GIG indie. Rambut gua selambe pacak pacak macam nak pegi Jom Heboh punya konsert. Orang lain pakai ketayap ,songkok baldu tutup kepala. Gua rasa macam silap tempat gua masuk.

Disebabkan malam ni gua yang paling 'rare' antara semua penonton, gua amek port belakang plus hujung skali. yang gua pasti INTEAM tak kan nampak gua kat bawah ni. Gua tengok kerusi keliling gua banyak kosong. Gua monolog dalam hati. Apa nak jadi dengan orang kita.

Sebelum gua datang ni, gua dah niat nak dengar satu lagu je. Nur Kasih. Sebab satu lagu tu je yang gua hafal full lyrics. Gua pon selalu karaoke jamban lagu ni.Dulu, memang femes lagu ni wa cakap lu.

Sampai je lagu ni.Gua nyanyi sama sama ikut irama. Dengan suara gua yang gua bajet sedap, pak cik bersongkok sebelah gua dah usha gua sambil gentel misai. Gua lupa lagi. Ni nasyid bukan GIG mahupun Rock the World. Habis lagu tu, vokalis dia terus bagi ceramah pasal kapel. Gua punya khusyuk dengar sampai gua hafal pantun yang dia bagi suruh kita jangan berkapel.

Di Kiri jalan di Kanan jalan,
Di tengah tengah pohon mengkudu;
SMS jangan Fesbuk pon jangan,
Biarlah sama menanggung rindu.

Pantun hapa entah. 3 baris tu dah stail. Finishing tu memang out la gua rasa. Sampai di situ saja gua rasa gua layan konsert tu. Nama pon nasyid. Syaitan syaitan yang nak datang menggoda memang pangkat kapten semua. Sekali gua kena celak, gua terus padam. Sedar sedar dah 'Sekian terima kasih'.Gua pon balik lepas tu.


Time ni gua muhasabah balik diri gua. Gua pergi GIG , jomheboh dulu dulu memang lain situasi dari yang ni. Gua pergi GIG, tak penah tiket tak sold out, tak penah orang tak berhimpit. Kompem padat dan sendat. Tapi bila nasyid, gua tengok kerusi keliling gua tadi kosong. Yang datang yang veteran dan yang junior junior je. Yang umor macam gua, ada la sorang dua. Tapi semua tak guna, pengsan macam gua tadi. Memang dah akhir zaman gua rasa.

Realiti Kini
melompat tak kira jantina berlanggar sini sana tak kira jantan betina


Flyers konsert kolaborasi nasyid plus indie

Sambil gua tengok Flyers ni gua terbayang

kumpulan Rabbani nyanyi lagu Lagu Untukmu

kumpulan Meet Uncle Hussin nyanyi lagu Sepohon Kayu

pada pendapat lu, lu semua rasa konsert ni penuh orang sebab orang nak tengok Rabbani ke Meet Uncle Hussin?
gua jujur jawab MUH






13 pujian:

Nur Hanisah said...

thumbs up
entry yang agak bermutu
ada tema dan story line yang baik
teruskan usaha anda
*macam comment anak wayang*
haha

Muhamad A Halim said...

agak je?
haha
tq atas komen itu ye

Nurhashimi said...

slame nie ak puji xdop pon ucap tq?

Muhamad A Halim said...

ade je ah mi
mu yg x psn
mu tgok kt chatbox tu

lgipon
sbb mu agy mnyk kutuk dr puji

Nurhashimi said...

cis aritu kate ak kutuk,kutukan membina..td ak komen xbace,nie ak baru abes bace...

sries shit,ak rase n3 kali nie stail walaopon ad typo sehelai d c2,lu taip samapi..tp xper...

gane2 pon,kool r n3 nie..sdp r bace..time ak bace,ak ingat kat kakak ak mse die ajak ak g ceramah2,demo2 sume...

k pnjang,,,

hanuman said...

"org yg berjaya lebih suka kutukan daripada pujian"

p/s mi aku blh stsita utk word verification..mu?

Nurhashimi said...

hahaha..mls nk komen benor...tp mu tnye wiz,komen lalu r...

ak dpt light...

tame kali dpt word bi..slme nie bhse perancis xpon jerman

Muhamad A Halim said...

ye la awiz

..ALAWIAH.. said...

oooo..

Anonymous said...

err, go mudd!
kau masuk nasyid dulu?setail.haha.
MACAM WANI SEA-OAT!
dia cita dulu dia nasyid pakai gencu merah merah belaka. confirm cute.
gaga.

Muhamad A Halim said...

ha ah..
nk tgok gmba ak nasyid dulu?
mahal wooh
team nasyid juara
haha

Izzat Iskandar said...

bermakna bermakna...

Muhamad A Halim said...

yeah